Rindu tak pada Aiskrim Malaysia? Jom kita belajar cara untuk membuat bancuhan asas bagi Aiskirim Malaysia ini.

Jom kita buat Aiskrim Malaysia yang pastinya mengingatkan kita pada memori zaman kecil dahulu! Puan Asrinaa Bakri telah berkongsikan kepada kita cara untuk membuat Bancuhan Asas Aiskrim Malaysia ini. Kemudian baru kita perasakanya seperti Oreo, Coklat dan pelbagai perasa yang lain. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 tin susu cair.
  • 1 tin susu pekat.
  • 1.5 liter air.
  • 3 sudu tepung jagung dibancuh bersama 1/3 cawan air sejuk pada suhu bilik.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk kemudian masakkanya dengan menggunakan api perlahan.
  2. Pastikan masak bancuhan kita tadi tu sehingga mendidih. kemudian sejukkan pada suhu bilik.
  3. Untuk jadikanya sebagai aiskrim coklat, Saya guna beryl’s coklat spreadable. Isikan coklat tadi kedalam piping beg pancitkan ke dalam plastik aiskrim.Ratakan coklat menggunakan pembaris. Boleh rujuk gambar.
  4. Untuk buat aiskrim oreo pula, patah-patahkan biskut oreo dan masukkan 6 hingga 8 butir oreo dalam plastik aiskrim.
  5. Tuangkan bancuhan yang telah sejuk tadi dan pastikan jangan isi sampai penuh. Tinggalkan lebihan plastik aiskrim dalam 3 ini untuk memudahkan kita ikat aiskrim nanti. Bila dah siap membungkus masukkan dalam peti sejuk dan biarkan ianya beku. Dah siap!
Baca juga :  Cara untuk membuat Air Chocolate Cream Chip ala-ala Starbuck. Memang mengancam dan terbaik.

Moga manfaat. Ajak anak-anak buat sekali tau. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.