Cara dan Resepi Untuk Membuat Agar-agar Kering. Mesti ramai penggemar jajan ni kan. Jom buat sendiri!

Kuih raya paling legend paling simple tanpa guna oven dan mixer. Resepi ini telah dikongsikan oleh Amira Halil melalui Facebook Masak Apa Hari Ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 60 gram agar-agar pek (agar-agar tali).
  • 1.4 kg gula pasir.
  • 1600 ml air.
  • 250 gram gula batu.
  • Pewarna sikit. Nak lagi sedap boleh letak perisa ikut warna sesuai. Macam saya merah (strawberi), putih (laici).

Cara membuatnya:

  1. Campur semua bahan, masak sampai mendidih.
  2. Tuang dalam bekas, dah keras sikit baru boleh potong. Potong pakai pisau lekuk beli dekat Eco je.
  3. Jemur sampai keluar gula.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Kasturi atau Kuih Kacang Hijau.

Resepi ni boleh dapat penuh 4 tray.

P/s: Jangan makan banyak2, sebab manis hehehe. Resepi ni memang kena banyak gula sebab nanti tak jadi keras. Saya dah update gambar yang dah kering. Saya izinkan sahabat2 share resepi. Boleh buat untuk makan raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.