Cara membuat Cendawan Inoki Goreng Bersalut Tepung

Menu makanan Viral – Cendawan Inoki Goreng Tepung.┬áSedap weh! Takleh berhenti mengunyah. Macam makan janggut sotong gitu.

Cendawan Inoki tu anda semua buang akarnya, leraikan sikit dan campur bersama telur ayam. Kemudian, gaulkan dalam tepung. Boleh guna tepung bestari.

Minyak tu make sure dah betul-betul panas baru boleh mula menggoreng. Pastikan goreng sampai garing kekuningan tau.

Kalau anda tak mahu campur telur pun ok, akak campur sebab nak kasi tepung dia lekat banyak, lebih crunchy gitu dan boleh kurangkan rasa masin tepung bestari tadi. Anak-anak suka! Insha Allah kalau betul goreng, garing sampai ke petang kudapan ni.

Baca juga :  Cara untuk membuat Sup Cendawan yang sedap, pekat dan pasti menawan selera anda.

Mana nak beli cendawan tu? Kat Hypermarket biasa ada jual, bahagian sayur / cendawan / salad. Selamat Mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Syikin Jana.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.