Cara membuat Daging Bakar Ala Thai yang menyelerakan

Resepi Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai. Perghhhhh. Puas hati cheyah makan daging bakar semalam. Memang tak makan nasi duk makan lauk gini je. Abewe boleh angkat ibu jari duk puji sedap sengoti.

Sorry tak sempat nak snap gambar comel comel sebab sedap terlajak. Tapi cheyah tak best kan kalau tak kongsi. Kita pakat merasa sedap belaka kalau ada yang akan cuba. Bahan-bahan dan cara penyediaannya sangat mudah. Salah satu resepi simple yang semua orang boleh cuba.

Perapan Daging:

  • 500 g daging lembu.
  • 3 sudu besar brown sugar.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar sos ikan.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 sudu kecil lada hitam.
  • 1 sudu kecil garam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Cencalok Goreng yang sangat padu kesedapanya. Persediaan untuk sahur ni tau!

Untuk perapan ni, tumbuk dulu bawang putih, lada hitam dan garam. Kemudian gaulkan semua sekali dengan semua bahan. Nak tips bagi cun masa membakar, tambhkan sedikit minyak masak. Perap dalam 4-5 jam. Baru dibakar hingga masak.

Sos Ala Thai:

  • 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat bersama 2 biji cili hijau.
  • 3 sudu besar sos ikan.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar brown sugar.
  • 2 biji limau nipis.
  • 3 biji cili padi (dipotong kecil).
  • 2 biji bawang merah (dimayang halus).
  • Daun ketumbar (dipotong halus).
Baca juga :  Cara membuat Ayam Goreng Ala-ala 4Fingers

Satukan sos ikan, sos tirqm, brown sugar dengan bahan yang ditumbuk. Kemudian, perahkan limau nipis. Last sekali masukkan bawang, cili dan daun ketumbar. Dah siap untuk dicicah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.