Cara membuat Inti Karipap Kari Ayam. Pasti Karipap anda laku keras dan ramai peminat.

Masak inti kari ayam & kentang pulak. Nanti, kalau rajin bolehlah buat karipap. Kalau tak rajin, simpan dulu dalam freezer. Sebenarnya, saja nak habiskan 3 ketul kentang yang terbiar kat dapur tu. Takut rosak. Biasanya, saya gunakan ayam cincang. Tapi, harini saya gunakan sekeping dada ayam yang beratnya 200 gram.

Resipi ni, cukup untuk 25-30 ketul karipap mengikut resipi yang saya kongsikan sebelum ini (Refer IGTV). Inti Kari Ayam & Kentang (Karipap, Samosa & Lain-lain).

Bahan-bahan (25-30 ketul karipap):

  • 1 biji bawang besar (hiris halus).
  • 1 sudu besar pes bawang putih-halia.
  • 1-2 pelepah daun kari.
  • 1 paket kecil (25g) serbuk kari ayam & daging.
  • 1/2 sdb serbuk cili.
  • 200g dada ayam (potong dadu) / ayam cincang.
  • 500g kentang (potong dadu).
  • 1 sudu besar air asam jawa.
  • Sedikit hirisan daun sup.
  • Garam secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Suji. Biskut raya yang sangat mudah dan senang untuk disediakan!

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali.
  2. Masukkan bawang besar, pes bawang putih-halia & daun kari. Biarkan sedikit garing.
  3. Masukkan pula serbuk kari & serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan pula ayam & kentang. Masak sehingga ayam betul-betul masak & kentang lembut.
  5. Masukkan air asam jawa & perasakan dengan garam secukupnya. Masak lagi sehingga inti kering. Kacau sekali-sekala supaya inti tidak hangus.
  6. Taburkan dengan hirisan daun sup. Kacau rata. Sejukkan seketika sebelum digunakan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Menu Nasi Khoumok bersama Ayam Goreng berempah. Senang dan sangat sesuai untuk anda seisi keluarga.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noor Ashikin Saerah. Terima kasih ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.