Cara untuk membuat Asam Pedas Rebus cara utara. Secukup rasa dan pasti puas hati punya!

Asam pedas rebus utara style. Siapa orang utara pasti tau menu ni. Silakan mencuba ya semua dengan resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Mariana Zainal ini. Selamat mencuba tau!

Bahan-bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 10 – 15 tangkai cili kering.
  • Belacan Sebesar ibu jari.

Kisarkan  kesemua bahan diatas ya.

  • 4 hingga 5 ekor ikan kembung.
  • 2 – 3 batang serai diketuk.
  • Sedikit daun kesum.
  • 4 keping asam keping.
  • 1/2 sudu besar gula.
  • 1 sudu besar garam.
  • Sedikit bahan perasa.
  • Sayur Bendi secukupnya.
  • Sedikit air utk kuahnya. Sukatan ikut suka banyak mana nak kuahnya yer. Saya letak 1 1/2 jug blender.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kerang Pedas Sos Tiram Berempah. Meratah macam tu je pun sedar-sedar dah habis.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan kesemua bahan kisar dalam periuk dan masukkan air bersama gula, garam, bahan perasa, daun kesum, serai dan asam keping.
  2. Renehkan atas dapur dan biarkan sehingga ianya mendidih. Biar mendidih lama sikit supaya asam keping elok kembang.
  3. Kemudian, masukkan bendi dan ikan dan reneh lagi. Seimbangkan rasanya lagi sekali biar cukup manis, pedas, masam dan masinya.
  4. Bila dah elok ikan dan bendi masak boleh tutup api dan sedia untuk di hidang.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Baca juga :  Resepi Ikan Selar / pelbagai ikan lain untuk dimasak Kukus Limau yang menyegarkan dan sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.