Cara untuk membuat Daging Bakar / Salai Masak Lemak. Serius sedap sehingga menjilat jari!

Siap masak & makan. Daging bakar masak lemak. 2 kali dah buat macam ni serius sedap betul. Daging tu saya bakar tau guna air fryer je. Bukan guna daging salai tapi kalau nak guna daging salai pun boleh. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Akma Abdullah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Daging 1 kg.
  • Santan 1 kotak ( boleh guna santan fresh kalau ada ).
  • Serai 1 batang ( ketuk ).
  • Asam keping 2.
  • Garam dan Kunyit secukupnya.

Bahan-bahan kisar:

  • Serai 3 batang.
  • Bawang besar 1 biji.
  • Cili padi ( ikut la nak pedas mana ).
  • Kunyit hidup ( agak je untuk cukup kuning ).
Baca juga :  Cara untuk membuat Pes Ikan Bakar yang enak bersama air asam kerisik. Mudah nanti nak buat ikan bakar kemudian hari.

Cara-cara masak:

  1. Bersihkan dan potong daging ikut citarasa masing-masing. Perap daging dengan kunyit dan garam dalam 2 ke 3 jam.
  2. Bakar daging ( saya bakar guna air fryer ) pada suhu 180 darjah selama 20 ke 25 minit. Rajin-rajin check tengok untuk bagi masak sekata.
  3. Masukkan bahan kisar, serai ketuk dalam kuali. Kemudian, masukkan daging bakar dan air sikit. Masak sampai daging lembut. Boleh tambah air kalau kering.
  4. Daging dah lembut masukkan asam keping dan santan. Biar sampai mendidih sambil di kacau.
  5. Akhir sekali, masukkan garam dan dah siap.
Baca juga :  Resepi Ayam Bakar Meraung yang tersangat sedap. Tengok gambar pun dah terliur.

Gambar diatas ni kalau guna daging salai. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.