Cara untuk membuat Gulai Ayam yang mudah dan sedap

Sapa suka lauk gini angkat tangan. Resepi gulai ayam.

Bahan dibawah ini perlu dikisar:

  • 3 biji bawang merah.
  • 2 biji bawang putih.
  • 1 inci lengkuas.
  • 1 inci halia.
  • 1 inci kunyit hidup.

Bahan lain:

  • Setengah ekor ayam.
  • Rempah 4 sekawan.
  • 3 sudu minyak.
  • 1 cawan santan.
  • Garam secukup rasa.
  • Gula melaka secukup rasa.
  • 1 asam keping.
  • 1 sudu kerisik.
  • 3 sudu cili boh.
  • 2 biji kentang dipotong dadu.
  • 3 sudu rempah gulai cap bunga ros (beli kat shoppe).
  • 2 sudu rempah kari.

Cara masak:

  1. Tumis cili boh, bahan blend, rempah 4 sekawan, rempah kari dan rempah gulai cap bunga rose hingga naik minyak. Tumis bahan satu-satu yer.
  2. Masukkan ayam dan sedikit air.
  3. Campak gula melaka, kerisik, asam keping. Nampak ayam separuh masak buh kentang, santan. Perasakan dengan garam. Siap!
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Bawang. Wangi je ayam ni, garing pula tu!

Cicah roti pun sedap oi. Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Azira Mamat. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.