Cara untuk membuat Ipoh Hor Fun. Simple dan mudah disediakan seperti di kopitiam!

Hujung minggu lepas saya masak Ipoh Hor Fun. Simple dan sedap. Saya kongsikan kat sini resepinya.Ringkas dan mudah saja. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nina Natasha Azizan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 bungkus kuey tiaw dicelur.
  • 15 – 20 ekor udang dikupas kulit.
  • 5 ulas bawang putih dicincang.
  • 5 keping kek ikan dihiris nipis.
  • 2 ketul dada ayam dihiris jika suka.
  • 1 sudu kecil lada sulah.
  • 2 sudu besar kicap cair.
  • 1 kiub ayam @ 1 liter air rebusan ayam.
  • 1 sudu kecil minyak bijan.
  • Sedikit minyak untuk menumis.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • 1 mangkuk sayur.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bendi Goreng Tumis Belacan bersama Udang. Resepi kegemaran anda kelak!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan kuali dan tumis bawang putih yang dicincang sehingga naik bau. Kemudian, masukkan stok ayam/kiub ayam.
  2. Seterusnya, masukkan kek ikan dan udang. Jika ada isi ayam boleh tambah dan masukkan air. Kacau sebati.
  3. Masukkan lada sulah. Kemudian, masukkan minyak bijan dan 1 sudu besar kicap cair. Perasakan secukup rasa. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan sayur dan biarkan sedikit lembut. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama kueytiaw yang telah dicelur.

Hidangkan dengan cili padi potong dalam kicap cair. Selamat mencuba gaiss.

Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Tomyam yang sangat padu. Rasa yang sangat mengujakan anda nanti. Cubalah!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.