Cara untuk membuat Kacang Buncis Belacan Ikan bilis bersama telur.

Kami nak kongsikan kepada anda Cara untuk membuat Kacang Buncis Belacan Ikan bilis bersama telur. Anda semua suka makan macam tu sahaja atau bersama nasi? Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 25 batang kacang buncis dipotong serong.
  • 2 sudu besar ikan bilis dibasuh dahulu.
  • Telur Ayam 1 biji.
  • *Bawang besar ½ biji.
  • *Bawang putih 3 ulas.
  • *Halia 1 cm.
  • *Cili merah 3 batang.
  • *Cili padi 2 batang.
  • Bawang besar ¼ biji dihiris.
  • Cili merah 1 batang dihiris.
  • Tomato 1 biji dibelah 6.
  • Sos tiram 1½ sudu besar.
  • Sos ikan 1 sudu besar.
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil.
  • Minyak masak secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kari Ikan yang sangat sedap dan padu.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda * sehingga hancur. Kemudian, panaskan minyak dan goreng ikan bilis separuh masak.
  2. Di dalam kuali yang sama,tumiskan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga cili masak atau sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan telur. Gaul rata bersama cili dan ikan bilis.
  3. Masukkan Sos tiram, Sos ikan dan serbuk belacan. Kacau hingga sebati. Seterusnya masukkan pula sayur kacang buncis, bawang, tomato dan cili. Gaul rata dan masak seketika.
  4. Bila dah siap semuanya dan berpuas hari dengan rasa, boleh tutup api dan siap untuk di hidang.
Baca juga :  Cara membuat Tepung Menggoreng Pisang yang rangup serta sambal Kicap yang padu!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.