Cara untuk membuat Kek Coklat Moist Kukus. Ringkas, mudah dan enak!

Assalamualaikum. Cuti-cuti ni jom la kita buat kek coklat moist kukus. Pemilik resepi ini iaitu Puan Noriza Awang Hamat buat topping coklat. Alhamdulillah sedap sangat-sangat kek yang lembut dan tak muak.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan serbuk koko.
  • 1 cawan gula pasir.
  • 1 cawan minyak masak.
  • 1 cawan susu pekat.
  • 1 cawan susu cair.

Kesemua bahan diatas dimasak sekejap. Jangan sampai menggelegak sekadar semua sebati dan tutup api kemudian ketepikan.

  • 4 biji telur gred A.
  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.
  • 1 sudu kecil baking powder.
Baca juga :  Mini Kek Span Vanilla yang mudah untuk dibuat

Ketiga-tiga bahan ni diayak.

Cara untuk membuatnya:

  1. Bila bahan yang dimasak tadi dah jadi suam, masukkan ke dalam blaeder bersama 4 biji telur. Blend sekejap kemudian baru masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat. Blend lagi sehingga semuanyer sebati dan halus.
  2. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Jangan lupa untuk sapukan sedikit planta pada loyang. Kemudian baru masukkan adunan yang telah dikisar tadi.
  3. Bila dah nampak air mendidih masukkan loyang yang telah berisi tadi. Kukuskan selama lebih kurang 45 minit menggunakan api sederhana. Bila dah siap kukus boleh angkat.
Baca juga :  Roti Cinnamon Roll Yang Mudah dengan Menggunaan Roti Paratha Segera Sahaja! Sedap Beb.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.