Cara untuk membuat Masakan Nasi Carrot yang akan menaikkan selera anda sekeluarga.

Nasi Carrot Gebu Anti Covid19. Main terjun jer semua. Tapi yang pastinya bau serai dan minyak sapi ni semerbak satu rumah. Wangi sangat. Ihsan resipi dari biras kampung sebelah. Saya kongsikan balik resepi ini untuk anda semua mencuba ya. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Suzana Yaakub. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 cup beras basmathi (rendam 30 minit, tambah garam sikit. Toskan).
  • 2 sudu besar minyak sapi.
  • 1 biji bawang besar (hiris besar).
  • 4 biji bawang putih (hiris).
  • Rempah 4 sekawan.
  • 2 batang serai (diketuk).
  • 2 sudu besar minyak sapi..
  • 1 biji carrot (hiris dalam processor) atau juga secara manual.
Baca juga :  Cara membuat Nasi Tomato beserta Ayam Masak Merah. Hidangan yang paling digemari ramai orang!

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumis semua bahan hirisan, serai dan 4 sekawan dengan minyak sapi kecuali carrot. Tambah sedikit garam. Tumis jangan sampai garing/hitam. Cukup hingga kekuningan.
  2. Tuang semua bahan tumisan ke dalam rice cooker dan masukkan beras yang dah ditoskan air dengan sedikit garam secukup rasa.
  3. Masukkan pula 5 cup air sebagai sukatan = 4 cup beras. Boleh tambah air tapi jgn lebih dari 5 1/2 cup.
  4. Biarkan sehingga nasi hampir masak, masukkan carrot hancur tadi dan gaul perlahan dari tepi ke tengah. Jangan kacau banyak kali supaya nasi tak hancur dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  5. Pastu siap untuk dihidang, nasi lembut gebu disukai ramai. Makan dengan ayam masak merah memang terbaiklah!
Baca juga :  Resepi dan Cara untuk membuat Tomyam Sayur Thai

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.