Cara untuk membuat Nasi Goreng Ikan yang sangat nostalgia. Kenyang anda pasti bertahan lama!

Bila musim hujan je teringat kat Nasi goreng ikan rebus nenek saya. Mak ,nenek kita masak sedap kan. Nostalgia sangat, Saya nak kongsi cara masak nasi goreng ikan rebus resepi nenek.

Terima kasih kepada Puan Iryani Zaki yang berkongsi resepi Nasi Goreng ikan ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 ekor ikan rebus.
  • Bawang merah 2 biji.
  • Bawang putih 3 ulas .
  • 2 sudu besar cili kisar. Saya tumbuk dengan bawang.
  • 1 sudu sos tiram.
  • 2 biji telur.
  • Sayur.
  • Garam dan gula.
  • Nasi secukupnya.
  • Gula kabung atau nisang.
Baca juga :  Resepi lengkap untuk membuat Ayam Masak Pulao bersama beras Basmathi. Sedap dan menyelerakan.

Cara- cara membuatnya:

  1. Rebus ikan letak asam keping, gula kabung dan gula.
  2. Buang tulang ikan yang dah siap direbus dan lenyek.
  3. Panaskan kuali, goreng ikan rebus sehingga garing.
  4. Pecahkan telur 2 biji dan kacau. Tumbuk bawang dan lada kering sehingga lumat.
  5. Masukkan bawang dan lada kering ditumbuk ke dalam kuali. Kacau sehingga naik bau.
  6. Masukkan sos tiram dan sayur. Saya suka masukkan sayur dulu supaya sayur tu lembut.
  7. Masukkan garam dan gula. Akhirnya masukkan nasi ke dalam kuali. Kacau sebati dan seimbangkan rasa.
Baca juga :  Resepi lengkap untuk membuat Nasi Briyani Padu bersama Kari Kambing / Ayam Viral Adabi. Pasti puas hati.

Tadaaaaaa. Dah siap Nasi Goreng Ikan Rebus Nostalgia nenek saya. Makan masa hujan ni tak sedar dah dua kali tambah. Jom kongsi boleh tambah menu waktu pkp ni. Selamat mengenyangkan perut semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.