Cara untuk membuat Sup Cendawan yang sedap, pekat dan pasti menawan selera anda.

Alhamdulillah. Hakak masak Mushroom Soup ala Dave’s Deli. Abang bakarkan Garlic Bread. Sesuai untuk minum petang-petang ni bersama anak-anak. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Suzana Yaakub. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 sudu mentega.
  • 1/2 cawan minyak zaitun.
  • 6 biji Cendawan Shitake dihiris. Boleh juga campur jenis cendawan yang lain.
  • 1/2 biji bawang holland dicincang.
  • 5 biji bawang putih dihiris.
  • 1/2 cube pati ayam.
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam.
  • 2 sudu oregano/mix herb.
  • 1 kotak cooking cream.
  • 3 cawan susu segar.
  • Setangkai daun parsley dihiris.
Baca juga :  Cara mudah untuk membuat Ikan Siakap masak Stim Asam Boi. Terbaik untuk anda sekeluarga.

Cara-caranya:

  1. Panaskan mentega dan minyak zaitun, tumis bawang holland, bawang putih dan cendawan hingga sedikit kecut.
  2. Masukkan kiub pati ayam, lada hitam, oregano. Masukkan sedikit air kalau terlampau kering atau nak hangus.
  3. Masukkan cooking cream dan susu. Renihkan seketika. Tambah garam jika perlu sebab kiub pati ayam memang dah masin.
  4. Seimbangkan rasa dan reneh sehingga puas hati. Dah Siap!

Makan dengan Garlic bread, abang beli kat kedai arab seksyen 9, harga RM1 sebungkus murah sedap dan lembut. Sapu dengan garlic butter ada jual kat pasaraya. Bakar roti yang dah disapu garlic butter ke dalam oven atau bakar atas kuali leper. Senang jer. Enjoice!!! Selamat mencuba.

Baca juga :  Siapa suka makan Kuey Teow Theng? Jangan risau, kami kongsikan kepada anda cara untuk membuatnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.