Cara untuk membuat Udang Masak Lemak Cili Api Menu terbaik sepanjang masa.

Gitulah seadanya. Teringat air tangan mak bubuh daun kunyit dalam masak lemak udang. Ringkas dan mudah tapi sangat sedap. Dah masak ke tu kawan-kawan semua.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Julia Aleen Aireish. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 15 ekor udang saiz besar dibersihkan.
  • 1 kotak santan.
  • 1 batang serai diketuk.
  • 10 biji cili api.
  • 2 biji bawang merah dihiris halus.
  • 2 ulas bawang putih dihiris halus.
  • 1 helai daun kunyit dihiris halus atau dicarik sahaja.
  • 1 keping asam gelugor.
  • Sedikit serbuk kunyit.
  • Garam dan gula secukup rasa.
Baca juga :  Cara membuat Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Sedut-sedut sedar-sedar dah habis!

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak tumis serai, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih tumis hingga naik bau dan layu.
  2. Tuang santan, jika pekat tambah air ikut citarasa, letak asam keping, serbuk kunyit, daun kunyit dan kacau. Kemudian masukkan garam dan gula jika perlu secukup rasa.
  3. Letak udang masak hingga santan mendidih, pastikan sentiasa kacau supaya kuah santan tak pecah minyak. Siap, sedia untuk dihidang.

Nota tambahan:

Boleh aje kalau nak tumbuk bawang merah & bawang putih bersama dengan cili. Nak letak kacang panjang atau kacang buncis silakan. Jadi jomlah buat.

Baca juga :  Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api. Menu yang disukai ramai orang!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.