Cara untuk membuat Minuman Viral Dalgona Coffee

Ternyata tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini diguna sebaiknya oleh rakyat Malaysia dengan mencuba resepi kopi viral. Jom tengok cara buat Dalgona Coffee dengan beberapa bahan sahaja.

Dalgona Coffee katanya bermula tular daripada platform Tiktok bagaimana ada yang menunjukkan cara bagaimana membuat coffee 2 layer dengan menggunakan 5 bahan sahaja. Pastinya ianya mudah dibuat walaupun berada di rumah.

Cara Buat Dalgona Coffee Dengan 5 Bahan Sahaja

Bahan yang digunakan pun tidak terlalu banyak dan mudah didapatkan di pasaran dan cara membuatnya pun mudah. Ikuti resepi umum ini daripada Azrul Nizal Azali di facebook.

Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Korean Spicy Chicken bersalut sos korea yang pedas manis madu. Rangup dan pedas-pedas manis untuk selera anda!

Bahan-Bahan

  • 2 sudu nescafe / kopi / coklat / milo.
  • 2 sudu Gula.
  • 2 sudu air panas.
  • Full cream milk.
  • Ais Batu.

Cara-Cara


1.  Kacau serbuk nescafe, gula dan air panas bersama di dalam bekas sehingga kembang dan likat. Cara ini boleh dibuat menggunakan sudu sahaja. Tetapi ianya lebih cepat jika anda kacau menggunakan mixer.

2. Kemudian masukkan ais batu dan susu ke dalam cawan dengan sukatan 3/4 daripada cawan tersebut.

3. Akhirnya campuran kopi yang sudah likat tersebut ditaburkan di bahagian atas cawan. SIAP!

Baca juga :  Resepi Ni Viral Kerana Kesedapannya. Jom Rasa Kuih Onde-onde berinti Coklat bersalut Nestum.

Mungkin ada yang tidak minum kopi atau nescafe, jadi anda boleh tukar resepi menggunakan serbuk coklat atau milo. Yang penting ikut cita rasa anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.