Kalau dah rasa Telur Rebus Air Asam ni memang tak memandang yang lain dah! Jom cuba.

Viral telur rebus Air asam jawa sekarang ni, kita pun nak buatlah. Bahan yang senang dan mudah, bukan macam buat sebiji kek birthday pun. Kalau dah rasa Telur Rebus Air Asam ni memang tak memandang yang lain dah! Jom cuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Telur ayam secukupnya.
  • Bahan-bahan hiris atau dicincang:
  • Cili padi, Bawang besar dan┬áTomato secukupnya.
  • Asam jawa lebih kurang segenggam.
  • Air suam secukupnya.
  • Garam dan ajinomoto sebagai penambah rasa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rebus telur ayam dalam 7 minit dengan api besar. Jangan terlebih masak nanti kurang rasa lemak telurnya tu.Biarkan telur sejuk sebelum dikopek dan dibelah 2.
  2. Bancuh sebati semua bahan-bahan dan perasa dengan selera anda.
  3. Masukkan telur yg sudah di belah tadi dan biarkan telur tu tenggelam dalam air asam jawa tu supaya rasanya meresap Bila dan siap rasanya masam masin pedas. Memang padu.
Baca juga :  Terung Bakar Asam Lemak ni memang lejen. Padu sangat rasanya. Kalau meratah pun boleh licin!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.