Cara untuk membuat Roti Goreng Sayur yang sedap. Sesuai untuk sarapan dan minum petang anda.

Roti goreng sayuran krup krup. Minum petang anda mesti cuba untuk buat menu ni. Mudah dan menyelerakan. Cubalah.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 – 6 keping roti gardenia.
  • 1 cawan tepung gandum*.
  • 1 cawan air*.
  • 1 biji telur*.
  • Sedikit daun sup*.
  • Sedikit lobak merah yang disagat*.
  • Sedikit garam*.

Cara untuk membuatnya:

  1. Satukan bahan bertanda * dan sebatikan. Roti di potong ikut cita rasa masing-masing.
  2. Celup roti dalam adunan dan goreng hingga kekuningan.
  3. Siap dihidangkan. Boleh dimakan begitu saja atau bersama sos dan mayonis. Selamat mencuba
Baca juga :  Ayam Goreng bersama lengkuas ni memang akan buat anda tak pandang dah ayam goreng yang lain. Tak percaya cuba sendiri!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Danisya Dhia Farisya. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.