Cara untuk membuat Burger Ayam / Daging bersama sos blackpepper paling padu setakat ni!


Cara untuk membuat Burger Ayam / Daging Ala Prosperity. Rasa memang sama. Terima kasih kepada Puan Shida Asmadi untuk resepi yang padu ini. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Daging Oblong jenama Ramly Ayam atau Daging.
  • Roti Oblong.
  • Bawang besar 1/2 potong dadu.
  • Tepung gandum 2 sudu.
  • Air 1 gelas.
  • Lada hitam serbuk dan juga yang telah ditumbuk.
  • Butter 2 sudu besar.
  • Sos tiram 2 sudu besar.
  • Kicap manis 1 sudu besar.
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan butter 2 sudu besar dan masukkan tepung gandum kemudian kacau sampai bertukar menjadi warna perang keemasan.
  2. Selepas tu masukkan pula air 1 gelas dan kacau.
  3. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu tadi, lada hitam 1 sudu besar, sos tiram, kicap dan garam. Masak sampai mendapat kepekatan yang anda kehendaki.
  4. Bila dan masak sos tu, kisar sekejap untuk hncurkan bawang yang ada dalam sos.
  5. Celupkan daging oblong yang dah kita siap masak / goreng. Letak atas roti dan letak bawang yang korang hiris tadi.
Baca juga :  Cara untuk membuat Menu Nasi Khoumok bersama Ayam Goreng berempah. Senang dan sangat sesuai untuk anda seisi keluarga.

Siap untuk dinikmati sebanyak mana yang anda mahu. Selamat mencuba ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.