Resepi dan Cara Membuat Meatball Ala-ala IKEA. Mudah rupanya nak buat!

Ehh laaaa kecohh betul diorang ni cakap meatballs IKEA tu sedap. Sesungguhnya aku tak pernah rasa lagi Meatballs kat IKEA tu haaaaa. Kalau buat sendiri 50kali ganda JIMAT!

Bahan-bahan:

  • Meatballs secukupnya (guna brand Marina) goreng atau boleh juga di bake di dalam oven.
  • 2 (sb) sudu besar butter dan 2 (sb) sudu besar tepung gandum.
  • 1 biji bawang holland, dipotong dadu.
  • 2 biji tomato dipotong dadu.
  • 1 cawan fresh milk dan 1 cawan air.
  • 3 sudu besar sos tomato dan 3 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar kicap manis.
  • 2 sudu besar lada hitam tumbuk (nak lebih hot add 1 sudu besar lagi).
  • 1 kiub pati daging dan 1 kiub pati ayam.
  • 1 sudu besar gula.
Baca juga :  Ayam Goreng Honey Garlic Korea satu tahap lebih sedap dari yang pedas tau. Tak Percaya jom cuba sendiri. Pasti Berbaloi-baloi!

Cara Penyediaan:

  1. Cairkan butter dengan menggunakan api perlahan dan tumis bawang besar hingga layu, tapi jangan sampai garing.
  2. Masukkan tepung gandum, kacau rata hingga berubah warna menjadi sedikit brownish. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan fresh milk, air, sos tomato, sos tiram, kicap manis, lada hitam, kiub ayam dan daging serta gula. Kacau rata hingga mendidih dan jangan biarkan sauce berketul.
  4. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit dan kemudian masukkan ke dalam blender dan di blend hingga halus.
Baca juga :  Resepi Kepak Ayam Bersalut Kuning Telur Masin. Menu pembuka selera anda sekeluarga.

Sedia untuk dihidangkan!

One thought on “Resepi dan Cara Membuat Meatball Ala-ala IKEA. Mudah rupanya nak buat!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.