Resepi Lala masak pedas-pedas manja yang padu. Lauk ni satu pun dah cukup nikmat untuk semua!

Siapa suka makan lala masak pedas-pedas manja macam ni kita geng? Makan dengan nasi panas-panas ni bertambah-tambah hoi , lagi sedap buat dengan etok. Biasa orang kelate je tau etok ni. Saya sertakan resepi ya oleh Puan Jaja Nawi. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg Lala/kerang/etok.
  • Bawang merah kecil 5 biji.
  • Bawang putih 3 ulas.
  • Bawang besar 1 biji.
  • Halia sikit.
  • Lada keringĀ  direndam air panas @ rebus secukupnya mengikut kepedasan yang dikehendaki.
  • Cili api 5 tangkai nak pedas lagi boleh lebihkan.
  • Gula secukupnya.
  • Serbuk secukup rasa sedikit.
Baca juga :  Cara untuk membuat Lala Masak Rendang Pecah Telur. Boleh habis sekuali kalau dah mula makan!

Cara-cara membuatnya:

  1. Blend semua bahan diatas ya dan tumis sehingga masak.
  2. Masukkan serai dan tumis lagi sampai pecah minyak. Masukkan gula dan serbuk secukup rasa. Garam tak payah letak ya sebab lala air dia dah masin.
  3. Kacau sekejap kemudian masukkan lala & daun limau purut. Biarkan kejap bagi masak lala tu dan ianya terbuka.
  4. Rasa dulu ya kalau kurang masin tambah la garam dan seimbangkan rasa mengikut citarasa anda. Bila dah siap boleh tutup api dah hidangkan bersama lauk yang lain.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ketam Masak Sambal ala-ala Fatty Crab. Terbaik dari dapur untuk anda semua!

Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.