Resepi Mee Goreng Ketagih.

Mesti ramai peminat mi goreng kat sini kan?Nama resepi cikgu ni mi goreng ketagih. Ala mamak pun ye. Cikgu suka versi basah-basah gitu. Tapi bukan banjir. Haa rasa salutan bahan dekat urat mi tu boleh buat cikgu rasa tak berhenti nak makan. Bahaya sungguhhh. Aha tak percaya cubalah masak gaya cikgu.

Okay jom tengok resepi di bawah.

RESEPI MI GORENG KETAGIH
(Kuantiti 1/2 paket mi kuning)

Cara-cara:

1. Tumbuk bahan di bawah :
– 2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 3 ulas bawang putih
– 2 tangkai cili padi merah

2. Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi.

Baca juga :  Cara membuat Bihun Siam Goreng cara Singapore. Keenanakan dalam setiap suapan.

3. Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Selepas dua minit, tuangkan;

  • 1 sudu besar kicap pekat.
  • 5 sudu besar kicap lemak manis.
  • 5 sudu besar kicap cair.
  • 1 sudu besar kicap sotong.
  • 4 sudu besar sos cili Life.

4. Masukkan pula seekor sotong. Tambahkan 1/2 cawan kecil air.

5. Seterusnya tos bersih 1/2 plastik mi kuning dan masukkan ke dalam kuali.

6. Perasakan dengan satu sudu besar gula ( kurangkan jika perlu) dan secubit garam.

7. Setelah urat mi melembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan sebiji telur. Gaul sebati.
(Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur)

Baca juga :  Dapat Ayam Goreng Kunyit ni dengan kicap makan dengan nasi panas memang padu!

8. Terus masukkan sawi, taugeh dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api.

9. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal cili dan keropok ikan. Perah asam limau sebelum dimakan.

Terangkat habisss! Nak lagi resepi lain boleh jenguk di fb cikgu.

#resepicikguafy. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Afy Al-Habibi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.