Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api. Menu paling nostalgia dan tersedap!

Menu orang dulu-dulu. Pisang muda masak lemak cili api kemudian campur bilis dan tempoyak. Memang nostalgia sangat-sangat. Jom cuba resepi dibawah sekiranya anda rindu air tangan mak atau arwah mak kita. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Suisan Aliezsha. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Pisang muda yang telah dicuci bersih-bersih, kemudian diotong serong dan direndam dengan air garam dan asam keping. Saya guna pisang emas tau. Ada yang guna pisang kapas sebab lagi sedap.
  • Sediakan Cili api dan kunyit hidup secukupnya dan ditumbuk. Kalau suka tempoyak boleh masukkan tempoyak mengikut kesukaan anda.
  • Asam keping dan ikan bilis secukupnya.
  • 1 biji setengah Kelapa parut kemudian diperah untuk ambil pati santanya.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Cili Hijau bersama Petai Rangup. Hidangan pasti licin!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pisang tu ikut kesukaan masing-masing nak banyak mana. Kalau lebih dari sesisir jangan lupa lebihkan kelapa. Biar kuah nanti pekat.
  2. Sediakan kuali, masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis dan pisang.
  3. Masak dan kacau sehingga mendidih. Agak-agak pisang hampir lembut masukkan tempoyak. Pastikn garam secukup rasa.

Dah siap. Selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.